Friday 5 August 2011

1st Birthday

Bila sebut Pertama, 1, atau First.. bagi aku memang perlu walaupun setakat ala kadar je.. 1st Birthday adalah kenangan terindah si anak bila dia dah besar kelak.. Aku takdelah buat perancangan besar-besaran untuk sambut 1st birthday Chloe cukup dengan biasa2 je. Meskipun sekarang ni Chloe tak tau apa2 pasal Birthday tapi bila dia dah besar nanti mesti kenangan 1st Birthday akan mengusik jiwa bila dia tengok gambar2 nanti.. hu hu hu 

Sambut birthday tidak semestinya nak tiup lilin yang penting ada doa yang ikhlas, kek dan sedikit makan2. Lagipun kami sekeluarga tak pernah tiup lilin masa sambut birthday dan masa aku sekolah dulu ada seorang ustaz cakap, kalo nak sambut hari lahir tak perlu tiup2 lilin.. Cukup dengan doa dan makan kek itu kerana amalan meniup lilin adalah amalan agama majusi (agama menyembah api). So praktikal ke orang cakap kalo nak sambut besday mesti kena tiup lilin? Pasal tu ada seorang kena ngan aku, dia cakap "Puan tak perlu sambut 1st birthday Chloe coz Chloe tak reti nak tiup lilin pun, anak saya umur 2 tahun baru sambut birthday coz dah pandai tiup lilin".. Sangat bodoh aku rasa apa orang ini cakap.. ingat nak sambut besday kena pandai tiup lilin ke??? Aku cakap kat dia, aku sambut Besday bukan sambut tiup lilin.. tiup lilin tu amalan agama majusi so you SHUT UP!!!

Namun apapun, terpulang kepada parents2 sama ada nak sambut atau tidak!! Sambut bithday tidak semestinya kena nak buat makan2.. Ia terpulang pada ibu bapa sendiri itu.. Mungkin nak bawa anak2 dan family saja pi aquaria ke, zoo ke atau ke mana2 tempat  menarik yang lain.....

Seperti yang aku kata, nak sambut birthday Chloe pun ala2 kadar je.. Takde planning pun cuma dah confirmed dah buat bila dan di mana.... 

Chloe Turning 1


Chloe 1st Birthday

Click my nuffnang please!!!!