Sunday 1 April 2012

Pregnant Of 2nd Child

Alhamdulillah!!! Syukur sangat kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.. Rezeki diberikan anak adalah suatu yang amat berharga dalam hidup suami isteri. Kini aku telah disahkan mengandung lagi.. Mengandung anak yang kedua so tercapai impian tahun in untuk mengandung.. Bertambahlah lagi ahli dalam keluarga kami dan kini Chloe akan menjadi kakak pada bulan September tahun ini..

Mengandung anak kedua ni tiada bezanya dengan mengandung anak pertama, aku tidak mengalami sebarang alahan atau lebih dikenali sebagai morning sickness.. Tiada sebarang tanda seumpama itu berlaku dalam hidup aku sepanjang mengandung. Pasal itu, dah masuk 4 bulan baru aku perasan yang aku dah lama missed period so check2 jer dengan ujian kehamilan.. dgn jelasnyer 2 line itu kelihatan.. 

Masa nak buat buku untuk ibu mengandung, misi tu sound kat aku.. naper 16 minggu baru nak buat buku so aku pun balas dengan berhemah.. 'baru taulah misi',.. hu hu hu misi tu diam x kata apa.. hu hu hu

Apapun, me & hubby x kisah pun jantina anak ni apa.. Janji cukup sifat, sihat dan sempurna.. Sangat Bahagia menjadi ibu mengandung ini.. Aku rasa best jer mengandung ni...  Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Amin... Sekian,