Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Friday, 11 November 2011

Amalan Pada Bulan Zulhijjah

1-8hb
Sunat berpuasa

8hb
Hidupkan malam dengan banyak ibadat

9hb
~Hidupkan malamnya dengan banyak ibadat
~Disunatkan berpuasa bagi orang tidak mengerjakan haji
~Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

10hb( Hari Raya Haji)
~Solat sunat Hari Raya

11-13hb (Hari Tasyrik)
~Hidupkan malam dengan ibadat
~Takbir selepas setiap waktu solat fardhu

30hb
~Membaca doa akhir tahun hijrah
~Membaca doa awal tahun Hijrah selepas Maghrib


Tuesday, 7 June 2011

Istimewanya Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalender Islam. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan Allah.
Sesungguhnya dalam bulan Rejab adalah paling baik untuk melakukan ibadat puasa sunat. Antara kelebihan untuk orang yang melalukan puasa sunat pada bulan Rejab ialah:-

  • Puasa 1 Hari- mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.
  • Puasa 2 Hari- mendapat kemuliaan daripada Allah
  • Puasa 3 Hari- diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila & fitnah         syaitan & Dajal
  • Puasa 7 Hari- ditutup 7 pintu neraka untuknya
  • Puasa 8 Hari- dibuka 8 pintu Syurga untuknya
  • Puasa 10 Hari- Allah akan memakbulkan permintaanya
  • Puasa 15 Hari- Allah menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
Sepanjang Bulan Rejab ini, seelok-eloknya kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada setiapa hari atau lebih. diperindahkan lagi amalan kita dengan membaca Al-Quran dan berdoa serta beristigfar sentiasa.