Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

Scan jantina baby

Seperti pregnancy yang pertama, yang 2nd nipun nak scan jantina baby gak... Seperti biasa nak scan macam Chloe gak scan kaler2 3D/4D ultrasound kat tempat yang sama iaitu di Vision College yang terletak di Kelana Jaya.. Buat kat sini mmg murah jika dibandingkan dengan tempat lahir yang mahal nak mampus..

Nilah rupa babyku

Baby tengah menedang

Tangan baby

Result scan : baby Boy

Alhamdulillah, menurut scan ni.. Nampaknya me & husband bakal mendapat baby boy.. nampak gaya kami dah ada sepasang.. gembira dan syukur sangat Ya.. Allah atas rezeki mu... Aaminn


Sunday, 1 April 2012

Pregnant Of 2nd Child

Alhamdulillah!!! Syukur sangat kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.. Rezeki diberikan anak adalah suatu yang amat berharga dalam hidup suami isteri. Kini aku telah disahkan mengandung lagi.. Mengandung anak yang kedua so tercapai impian tahun in untuk mengandung.. Bertambahlah lagi ahli dalam keluarga kami dan kini Chloe akan menjadi kakak pada bulan September tahun ini..

Mengandung anak kedua ni tiada bezanya dengan mengandung anak pertama, aku tidak mengalami sebarang alahan atau lebih dikenali sebagai morning sickness.. Tiada sebarang tanda seumpama itu berlaku dalam hidup aku sepanjang mengandung. Pasal itu, dah masuk 4 bulan baru aku perasan yang aku dah lama missed period so check2 jer dengan ujian kehamilan.. dgn jelasnyer 2 line itu kelihatan.. 

Masa nak buat buku untuk ibu mengandung, misi tu sound kat aku.. naper 16 minggu baru nak buat buku so aku pun balas dengan berhemah.. 'baru taulah misi',.. hu hu hu misi tu diam x kata apa.. hu hu hu

Apapun, me & hubby x kisah pun jantina anak ni apa.. Janji cukup sifat, sihat dan sempurna.. Sangat Bahagia menjadi ibu mengandung ini.. Aku rasa best jer mengandung ni...  Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Amin... Sekian,

Monday, 2 August 2010

Welcome Hannah Chloe Batrisyia

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt, pada 01/08/2010 at 2.52am aku selamat melahirkan anak perempuan setelah melalui komplikasi pendarahan dan dibersalinkan awal sebulan dari tarikh jangkaan. Delivered through vacuum baby seberat 2.32 kg selamat dilhirkan di Hospital Putrajaya dan kini aku telahpun menjadi ibu.Insyaallah aku dan hubby akan berusaha untuk mendidik anak ini supaya Berjaya di dunia dan akhirat.. memberi kasih sayang sepenuhnya dan berdoa agar anak ini akan menjadi seorang doctor perubatan yang berpengaruh.Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang baik serta selalu berada dalam lingkungan orang2 yang Engkau ksihi dan Rahmati. Amin

My Daughter

Lepas bersalin

Chloe bersama abang2 sepupunya

Wednesday, 21 July 2010

3D/4D Ultrasound Scan

Kaedah 2D scan iaitu scan hitam putih masih meluas penggunaannya di Malaysia di samping harga yang murah. Namun aku terpanggil untuk mengetahui imej scan menggunakan 3D mahupun 4D yang kini semakin mendapat tempat di hati bakal-bakal ibu dan bapa. Namun rata-rata Cuma klinik dan hospital swasta sahaja yang mempunyai perkhidmatan ini. Mungkin di hospital2 kerajaan tertentu sahaja yang mempunyai kemudahan seperti ini. Aku cuba mencari harga yang dikenakan untuk tujuan scan 3D ini.. ada banyak tempat di sekiar lembah Klang ini menyediakan perkhidmatan ini. Ranged harga untuk scan 3D di area lembah Klang ini between RM150-RM200. Mahal giler.. Rata-rata banyak klinik caj RM200 untuk pakej (check gender n dapat gambar+video baby yang akan dimuatkan dalam dvd disc)

 Paling murah sekali buat kat Vision College.. Cuma RM90 dapat video & pic baby dalam bentuk DVD.. Ramai beranggapan ia murah sebab dibuat oleh technician padahal yang buat scan ni student gineokologi or tenaga pengajar gyneokology..
Anda perlu call terlebih dahulu sebelum datang untuk buat appointment.. untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi link berikut:-


Aku dah pun buat kat sana, servis baik dan mesra pelanggan. Sangat seronok dapat tengok baby yang bergerak aktif dalam perut ini.. Memang MENGUJAKAN

My Baby

Garu Hidung


Senyuman bayi dalam perut


Thursday, 1 July 2010

EXPECTING BABY GIRL THE PINK TERITORRY

Scan a few days ago Doctor telling me that me will expecting a GIRL. Thanks Allah for your gift to us. Now both of us buzy preparing things for our coming soon baby gal.. So most of all we bought in pink.

Friday, 29 January 2010

TANDA-TANDA ANDA MENGANDUNG

·        Tidak datang haid
·        Mudah letih, sakit belakang dan pinggang
·        Pitam
·        Sekitar aerola payudara bertukar kehitaman
·        Pening
·        Mengidam sesuatu makanan
·        Sakit pada payudara