Tuesday, 7 August 2012

Chloe's turning TWO.. Happy Birthday Puteriku

Pejam celik.. pejam celik.. begitu pantas masa berlalu.. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t.. Puteriku kini telah pun berusia 2 tahun.. Syukur kami suami isteri panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dianugerahkan anak yang sihat, sempurna, cantik dan bijak.. Chloe buah hati mummy & daddy sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Chloe agar berjaya di dunia dan akhirat... aaminn..

Biar Pics Jadi Kenangan





Kek besday 2 tingkat Chloe.. Cute kan.. Ada figura Chloe sendiri
Banner

Chloe & daddy nak tiup kek

Botol mineral logoChloe dengan Hello Kitty

Tart Shell

Chloe 2nd birthday cake

Blueberry & fruit tart & mini pavlova

Goodies

The goodies

Happy birthday princess mummy & daddy

Semoga Allah memberkati dan merahmati mu, beroleh kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kejayaan di dunia dan akhirat anakku Hannah Chloe Batrisyia.. aaminn



Saturday, 30 June 2012

Scan jantina baby

Seperti pregnancy yang pertama, yang 2nd nipun nak scan jantina baby gak... Seperti biasa nak scan macam Chloe gak scan kaler2 3D/4D ultrasound kat tempat yang sama iaitu di Vision College yang terletak di Kelana Jaya.. Buat kat sini mmg murah jika dibandingkan dengan tempat lahir yang mahal nak mampus..

Nilah rupa babyku

Baby tengah menedang

Tangan baby

Result scan : baby Boy

Alhamdulillah, menurut scan ni.. Nampaknya me & husband bakal mendapat baby boy.. nampak gaya kami dah ada sepasang.. gembira dan syukur sangat Ya.. Allah atas rezeki mu... Aaminn


Sunday, 1 April 2012

Pregnant Of 2nd Child

Alhamdulillah!!! Syukur sangat kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.. Rezeki diberikan anak adalah suatu yang amat berharga dalam hidup suami isteri. Kini aku telah disahkan mengandung lagi.. Mengandung anak yang kedua so tercapai impian tahun in untuk mengandung.. Bertambahlah lagi ahli dalam keluarga kami dan kini Chloe akan menjadi kakak pada bulan September tahun ini..

Mengandung anak kedua ni tiada bezanya dengan mengandung anak pertama, aku tidak mengalami sebarang alahan atau lebih dikenali sebagai morning sickness.. Tiada sebarang tanda seumpama itu berlaku dalam hidup aku sepanjang mengandung. Pasal itu, dah masuk 4 bulan baru aku perasan yang aku dah lama missed period so check2 jer dengan ujian kehamilan.. dgn jelasnyer 2 line itu kelihatan.. 

Masa nak buat buku untuk ibu mengandung, misi tu sound kat aku.. naper 16 minggu baru nak buat buku so aku pun balas dengan berhemah.. 'baru taulah misi',.. hu hu hu misi tu diam x kata apa.. hu hu hu

Apapun, me & hubby x kisah pun jantina anak ni apa.. Janji cukup sifat, sihat dan sempurna.. Sangat Bahagia menjadi ibu mengandung ini.. Aku rasa best jer mengandung ni...  Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Amin... Sekian,

Friday, 11 November 2011

Amalan Pada Bulan Zulhijjah

1-8hb
Sunat berpuasa

8hb
Hidupkan malam dengan banyak ibadat

9hb
~Hidupkan malamnya dengan banyak ibadat
~Disunatkan berpuasa bagi orang tidak mengerjakan haji
~Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

10hb( Hari Raya Haji)
~Solat sunat Hari Raya

11-13hb (Hari Tasyrik)
~Hidupkan malam dengan ibadat
~Takbir selepas setiap waktu solat fardhu

30hb
~Membaca doa akhir tahun hijrah
~Membaca doa awal tahun Hijrah selepas Maghrib