Thursday, 9 August 2012

Happy 3rd Anniversary~

Syukur Ya Allah.. Semoga ikatan Halal ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami berdua.. Semoga aku akan menjadi isteri yang taat kepada suamiku dan semoga aku akan beroleh Syurga dengan berbakti kepadamu suamiku.. Honey sayang dan cintakan hubby sangat.. Semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat bersama2 anak2 kita.. Insyallah.. Aamin

Our 3rd Anniversary Cake.. Figura resembled to the man is my hubby, preggie lady is me & kids playing teddy bear is Chloe

Lets hold in hand together n cut the cake

Chloe nak makan kek yang ada figura dia

cute & mavles anniversarry cake

Tuesday, 7 August 2012

Chloe's turning TWO.. Happy Birthday Puteriku

Pejam celik.. pejam celik.. begitu pantas masa berlalu.. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t.. Puteriku kini telah pun berusia 2 tahun.. Syukur kami suami isteri panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dianugerahkan anak yang sihat, sempurna, cantik dan bijak.. Chloe buah hati mummy & daddy sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan Chloe agar berjaya di dunia dan akhirat... aaminn..

Biar Pics Jadi Kenangan





Kek besday 2 tingkat Chloe.. Cute kan.. Ada figura Chloe sendiri
Banner

Chloe & daddy nak tiup kek

Botol mineral logoChloe dengan Hello Kitty

Tart Shell

Chloe 2nd birthday cake

Blueberry & fruit tart & mini pavlova

Goodies

The goodies

Happy birthday princess mummy & daddy

Semoga Allah memberkati dan merahmati mu, beroleh kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kejayaan di dunia dan akhirat anakku Hannah Chloe Batrisyia.. aaminn



Saturday, 30 June 2012

Scan jantina baby

Seperti pregnancy yang pertama, yang 2nd nipun nak scan jantina baby gak... Seperti biasa nak scan macam Chloe gak scan kaler2 3D/4D ultrasound kat tempat yang sama iaitu di Vision College yang terletak di Kelana Jaya.. Buat kat sini mmg murah jika dibandingkan dengan tempat lahir yang mahal nak mampus..

Nilah rupa babyku

Baby tengah menedang

Tangan baby

Result scan : baby Boy

Alhamdulillah, menurut scan ni.. Nampaknya me & husband bakal mendapat baby boy.. nampak gaya kami dah ada sepasang.. gembira dan syukur sangat Ya.. Allah atas rezeki mu... Aaminn


Sunday, 1 April 2012

Pregnant Of 2nd Child

Alhamdulillah!!! Syukur sangat kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kami rezeki yang tidak ternilai harganya.. Rezeki diberikan anak adalah suatu yang amat berharga dalam hidup suami isteri. Kini aku telah disahkan mengandung lagi.. Mengandung anak yang kedua so tercapai impian tahun in untuk mengandung.. Bertambahlah lagi ahli dalam keluarga kami dan kini Chloe akan menjadi kakak pada bulan September tahun ini..

Mengandung anak kedua ni tiada bezanya dengan mengandung anak pertama, aku tidak mengalami sebarang alahan atau lebih dikenali sebagai morning sickness.. Tiada sebarang tanda seumpama itu berlaku dalam hidup aku sepanjang mengandung. Pasal itu, dah masuk 4 bulan baru aku perasan yang aku dah lama missed period so check2 jer dengan ujian kehamilan.. dgn jelasnyer 2 line itu kelihatan.. 

Masa nak buat buku untuk ibu mengandung, misi tu sound kat aku.. naper 16 minggu baru nak buat buku so aku pun balas dengan berhemah.. 'baru taulah misi',.. hu hu hu misi tu diam x kata apa.. hu hu hu

Apapun, me & hubby x kisah pun jantina anak ni apa.. Janji cukup sifat, sihat dan sempurna.. Sangat Bahagia menjadi ibu mengandung ini.. Aku rasa best jer mengandung ni...  Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Amin... Sekian,

Friday, 11 November 2011

Amalan Pada Bulan Zulhijjah

1-8hb
Sunat berpuasa

8hb
Hidupkan malam dengan banyak ibadat

9hb
~Hidupkan malamnya dengan banyak ibadat
~Disunatkan berpuasa bagi orang tidak mengerjakan haji
~Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

10hb( Hari Raya Haji)
~Solat sunat Hari Raya

11-13hb (Hari Tasyrik)
~Hidupkan malam dengan ibadat
~Takbir selepas setiap waktu solat fardhu

30hb
~Membaca doa akhir tahun hijrah
~Membaca doa awal tahun Hijrah selepas Maghrib


Thursday, 20 October 2011

Baby gurl ku yang gojes

Syukur kepada Allah s.w.t kerana pemberian yang tidak ternilai ini...

Cuter

Special pose
Gaya budak 1 tahun 2 bulan

Kelasik gitu
Comel kan...
Ini kerusi apa yeak, tengah fikir?
Beauty eyes
Baby with Kebaya
Chloe
Jenjalan sambil pegang spek
no no no, jangan amik pic aku
Hannah Chloe Batrisyia
Ini serkup nenek, nenek bagi kat Chloe supaya ada gaya macam DCT
he he he
Ketap macam marah
Gojes nyer baby girl ni..

Ku Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dikurniakan anak yang sihat dan comel.. Kegembiraan hati seorang ibu melihat anak membesar dengan sihat dan cergas. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik dan berterusan sepanjang hayat untuk anak aku.. aminnnn.


Thursday, 13 October 2011

Baby & Kasut

Comel jer kalo baby pakai kasut tapi masa kecik2 umur 0-2 bulan xde kasut cuma bootie je yang boleh pakai pun.. Start 3 bulan keatas baru boleh pakai kasut itupun longgar lagi... Begitulah juga hendaknya dengan my baby girl Hannah Chloe Batrisyia boleh pakai kasut itupun longgar dan asyik terkeluar dari kaki jer.. Maklumlah C Chloe kecik jer...

Tapi dalam masa  antara 3 hingga 12 bulan c Chloe yang bijak dan comel telah pun memakai beberapa pasang kasut TIDAK termasuk Bootie ok... Kasut macam2 brand ada sesetengah mummy beli dan sesetengah lagi hadiah daripada kawan2 dan keluarga.. tengok dan lihatlah!!!!!!!!!!!!

Kasut Pertama Chloe, pakai masa umur 3 bulan tapi longgar lagi 5 bulan baru muat
Kasut dalam rumah masa mula nak naik walker, beli masa kat opis mummy
Antara kasut pre walker Chloe yang muat samapi umur 11 bulan jer.. Hitam tu baby kiko, merah tu mother care dan yg cream tu trudy & teddy
Yg ni kasut jalan Chloe dan masih muat hingga  ke saat ini
Kasut Jalan Chloe Yang dia pakai sekarang ni
Selipar Chloe, daddy beli kat uptown RM10 jer.. Pakai masa nak pi Playground, pi kedai Runcit John dan kedai runcit mamak
Baby Sport Shoe Chloe punya Brand Fila, Hadiah dari PakCik 
Kasut baru yang x pernah pakai sebab besar.. Hadiah dari Aunty Khairani
Kasut ni pun x pakai lagi coz muat, hadiah dari Aunty Iza
Himpunan kasut Chloe setakat 11.10.2011 tidak termasuk bootie  yeah

Tuesday, 20 September 2011

Si comel ku yang bijak dan pandai

Sedar tak sedar Chloe dah pun mencapai tahun umurnya.. As a parent gembira dan bersyukur dia membesar dengan sihat!! Alhamdulillah.. Bahagia sangat diri ini dan hubby memiliki anak.. Terhibur dan terubat stress kat kepala otak ni melihat keletah Chloe..

Dalam usia Chloe 1 tahun 1 bulan dia dah boleh berjalan dengan laju, memanjat, menaiki dan menuruni tangga.. Yelah masa umur 11 bulan dah pandai berjalan dan suka menari apatah lagi sekarang dah tak mau dukung nak berjalan je..

Untuk umur Sekarang ni, Chloe dah pandai cakap beberapa perkataan macam jom, baby, dedi, mami, mamam, cucu (susu), giggi (nama anak patung chipmunk chloe), macho (Mak Su),dan beberapa perkataan lagi. Dan Chloe  pantang dengar muzik mesti menari.. memang cute tengok dia menari..

Oh ya, Chloe sangat excited nak kawan dengan budak2.. pantang dengar suara budak2 lain mulalah cari pastu kalao terjumpa dengan budak2 lain kat mana2 terus nak kiss2 tak kiralah lak tu budak laki ke atau perempuan.. hissh, anak bertuah aku ni!! Sampai orangk kat luar sana tu cakap , tunggu apa lagi tambah lagi 1 anak.. isk3 diorang ni x syng mulut betul.. nak nak pun at least tunggulah yang ada skrg ni umur 2 tahun dulu..

Di Pantai Tg. Aru Bersama Atuk

Hembusan bayu laut

Pose gitu

Adorable me
Tolong Klik nuffnang untuk simpanan pendidikan Chloe ye

Friday, 19 August 2011

Chloe 1st Year Birthday Party Celebrated

Lamanya aku tak update belog aku ni.. maklumlah aku ni bukannyer pembelog tegar.. aku ni pembelog chipsmore sekejap ada sekejap takdak.. hi hi hi.. Entri kali ni nak citer pasal majlis birthday Chloe hari itu ok.. Maklumlah anak dara aku tu dah setahun pun umurnya.. Mula2 sekali nak sambut birthday Chloe awal sehari coz birthday Chloe jatuh pada 1 Ramadhan namun terpaksa ditunda kerana aku kena pi Seremban untuk meeting so aku pun cari tarikh lain.. hu hu hu hu.. Memandangkan aku malas nak masak2 untuk birthday party ni, aku planning nak sambut birthday Chloe kat McDonalds Shah Alam.. Maklumlah kaum kerabat  ada ramai di sana, lagipun untuk memudahkan orang.. So pada 06.08.11 (Sabtu) 1 Birthday party yang sangat2 happening dihandle oleh party organizer dari McDonalds sendiri.. dengan 3 game yang sangat best.. Time tu suma orang kena berumur 6 tahun ke bawah.. Anyway suma orang sangat sporting masa main game tu.. Sangat happening sampai birthday girl terkejut dan menangis apabila orang bersorak masa game tu..

Apa yang best sekali, 1st Birthday cake Chloe memang cantik dan cute malah sedap plak tu.. Suma guest dan juga akak2 McDonalds cakap kek tu cantik sayang nak potong.. Tapi nak buat macam mana dah nama pun kek, potong dan makanlah.. Mak Ai sedappp gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr... Kepada sesiapa yang nak kek doll yang cantik, sedapa dan harga pun berbaloi2 jangan lupa ke link ini.. sila2 tengok dalam belog kak Zai ni, suma pattern kek dia boleh buat dengan cantik dan sedap serta harga pun berbaloi... promote plak...
http://mypu3cakehouse.blogspot.com/2011/08/princess-cake.html#comment-form

Birthday Chloe time party asyik nangis coz terkejut orang bersorak malah time nak nyanyi lagu birthday untuk dia pun nanges terkejut.. hu hu hu hu hu.. Birthday girl menangis terharu kuttt he he he..Anyway hadiah banyak dapat kui2... Suasana masa birthday boleh tengok sendiri kat gambar2 berikut.. 

Tolong click nuffnang nak simpan duit untuk Chloe


Birthday Girl with her Birthday Cake

Invitation Card
Hannah Chloe Batrisyia's Birthday Cake
Birthday Girl
Cari Mak Su nak Pi McD dah...

She's dancing in her birthday



Chloe & Daddy

Chloe & Mummy


H Family

Chloe terkejut.. Abg Haris tak sabar makan kek dah..
Akak McD tu potong kek, dah habis gaun kena makan
Sempat posing lagi anak dara & ibu2

Semangat nak buat Chicken dance

Abg Haris sedang menerima Goodies Bag.. Rock Ya..